Monday, July 19, 2010

Bersua Halaman

Bulan 7 ni semester baru bermula.Aku pn dh sem-7 sekarang.Sem last di UPSI.sem-8 dah praktikum. Begitu cepat masa berlalu. Rasa mcm junior lagi walaupun dah nak habis study. Banyak benda berlaku dalam hidup ni. Adik aku dapat masuk UPSI jugak. Syukur Alhamdulillah pada tuhan. Bila makin meningkat umur ni, tanggungjawab makin besar. Prangai tak berubah lagi. Tak bersedia lagi dengan semua bebanan hidup. Biar hati serabut mana skali pun, tapi yang penting hidup kena ceria selalu.

Read more...

Wednesday, April 28, 2010

Trip Pancing Haruan

Dah lama sungguh tak buka blog ni. maklum la tak ada masa. Sibuk dengan urusan harian yang menuntut masa yang lebih. hari ni terlintas difikiran untuk buka blog. Terlintas plak nk post kn sesuatu yang menarik minggu ini. Trip pancing haruan yang boleh dikatakan menjadi kegilaan. Sanggup ke Bidor yang jaraknya berpuluh-puluh kilometer untuk memancing haruan walaupun pada musim hujan. Tapi habuan yang cukup membanggakan dimana trip pertama dapat menaikkan haruan sebanyak 21 ekor, trip kedua 10 ekor (sebab hujan awal), trip ketiga 14 ekor di tempat yang sama. Tunggukan kehadiran kami ke Bidor untuk trip ke-4 pada 30hb Mei 2010. Aktiviti menjejak haruan sebanyak mungkin sebelum cuti semester bermula. Siapkan kelengkapan armada......

Bergambar sebelum bertolak balik ke Tanjong Malim

Read more...

Monday, March 15, 2010

Ku Lontarkan Stress di Teluk Senangi

13-14 Mac 2010

Setelah kepenatan berhempas pulas dengan assigment yang menggunung dan seberat 300 tan, akhirnya aku mampu menyiapkan separuh daripadanya. Tapi untuk menghabiskan sisa-sisa yang ada, boleh buat aku gila separuh masak. Perancangan ke Teluk Senangi dengan tujuan merehatkan minda dan menenangkan fikiran, sedikit sebanyak boleh buat aku lupakan sejenak kisah assigment yang belum disentuh. Teluk Senangi....aku datang padamu...
Sebenarnya, tujuan rombongan melancong ke Teluk Senangi adalah untuk menghabiskan duit sumbangan sekolah yang dihadiahkan kepada kumpulan kami ketika melaksanakan program "Menggapai Bintang" kat SMODKB. Jadi Kami telah membuat kata sepakat di Dewan Parlimen untuk melancong ke Teluk Senangi dan ber BBQ disana semalaman. Bagi kaum Adam pula, disusuri aktiviti memancing "Haruan" di sekitar tempat kejadian. Sebelah malam pula, memancing ditepi pantai sambil ber BBQ. Kaum pompuan pun turut serta dalam aktiviti pancing ni. Bukan main seronok lagi dieorang dapat menaikkan ikan "Gelama". Tapi ade juga yang menaikkan ikan "Buntal" yang disangka ikan "Kerapu". Kesian dieorang....
Sebelah pagi keesokkan harinya, ada dokumentari tentang kisah hidup masyarakat Teluk Senangi dan pengambaran "Geng-Geng Sambrono" yang sudah lama brono. Tengok la sendiri aksi-aksi ngeri Geng Sambrono ni.
Kenangan bersama macam ni memang menyeronokkan dan kekal dihati buat selama-lamanya. Zaman remaja hanya sekali untuk diisi dengan penuh bermakna. Ada masa aktiviti melancong ini akan diteruskan ditempat lain pula. InsyaAllah nntikan kehadiran Geng Sambrono ditempat anda. Wakaka.....

"Geng-Geng Sambrono"


Read more...

Wednesday, March 10, 2010

Program "Menggapai Bintang" di SMODKB

11 Februari 2010 - 13 Februari 2010

"Puas dan menyeronokkan" adalah ungkapan setelah selesai menjalankan program "Menggapai Bintang" di Sekolah Model Khas Baling (SMODKB). Walaupun penat disepanjang perlaksanaan program, namun banyak pengetahuan dan pengalaman berguna yang mampu dicapai. Barisan fasilitator yang berkebolehan dan berkemampuan telah berjaya menjadikan program ini terbaik di antara yang terbaik. Bukan ingin berbangga tetapi itu lah kenyataan sebenar yang mampu digambarkan.
Buat adik-adik SMODKB, tahniah kerana anda mampu membuktikan kepada barisan fasilitator bahawa anda adalah peserta yang terbaik dan hebat. Kami semua berbangga dengan komitmen yang telah anda semua berikan disepanjang program. Kejayaan anda adalah kebanggaan buat kami. Walaupun pada mulanya kebanyakkan peserta sukar dikawal tetapi semangat yang kami bawa bagi menjayakan program ini membuatkan kami lebih yakin untuk berhadapan dengan keadaan sedemikian. Segala perancangan yang dibuat sebelum melaksanakan program amat penting dalam menjamin kejayaan sesuatu program. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana komitmen yang diberikan sangat bagus. Tidak lupa kepada kaunselor sekolah iaitu En. Subri kerana banyak membantu kami dari segi pengurusan.

Tarian "Eeeq...Oooq"

p/s: Buat adik-adik SMODKB, belajar bersungguh-sungguh. Jangan sia-siakan masa yang ada. Selagi peluang terbentang luas, jangan biarkan peluang tersebut berlalu begitu sahaja. Tindakan kita pada hari ini penentu kepada masa hadapan kelak. Good Luck for u all. pastikan result PMR dan SPM tahun 2010 gempak...chayookk

Read more...

Thursday, February 25, 2010

Harapan Seorang Abang

Hari nie aku sangat gembira kerana harapanku utk melihat adik-adikku berjaya dimakbulkan Allah. Ada juga adikku yang menjejak langkahku. Hari nie kn keputusan STPM keluar. Petang tadi adik aku call. Dia bagitau die dapat result ok. Dia dapat 1A, 1A-, 2B dan 1C dengan PNGK 3.4. Maknanya adik aku mampu melangkah masuk university. Mak ayah aku mesti sangat gembira. Segala kesusahan mereka dulu terubat jua. Mungkin tuhan banyak menguji tahap kesabaran orang tuaku. Siapa tahu tentang perancangan tuhan.Dia maha mengetahui segalanya dan juga prihatin dengan permintaan hambanya. Sempat aku ucapkan tahniah tadi kepada adikku sebagai pembakar semangat utk dia terus berusaha menggapai kejayaannya. Terima kasih tuhan kerana mendengar permintaan hambamu ini. Good Luck adikku Nor Suhada binti Che Mat Hassan. Teruskan usahamu demi masa depanmu jua. Kini dua orang daripada kami adik-beradik mampu menjejak kaki ke university. Mudah-mudahan adik-adikku yang lain turut mengikuti jejak kami nanti. InsyaAllah……amin….

Read more...

Wednesday, February 24, 2010

Dialog antara Lembu dan Ayam

Ayam & Lembu yg sama-sama bangang


Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!(dengan nada marah)
Lembu: Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu: Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang nak juga dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku. Macamana aku nak dapat anak!
Lembu: Alah! Kau punya masalah kecik aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu: Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ??? Tak boleh pakai punya lembu!(dalam hati)




Moral of the story:

Ramai anak-anak zaman sekarang membesar dengan susu lembu. Sepatutnya mereka mendapat hak penyusuan selama 2 tahun. Allah jadikan setiap sesuatu mempunyai fungsi yang tertentu. Cuma manusia sahaja suka berdolak-dalih dalam melaksanakan tanggungjawab. Sebenarnya banyak kelebihan ketika menyusukan bayi. Kedua-dua iaitu bayi dan si ibu mendapat faedah tanpa perlu menyusahkan diri sendiri. Allah permudahkan setiap urusan yang susah. Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."



Susu ibu menguntungkan wanita

Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.

Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.

Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

Read more...

Wednesday, February 17, 2010

Nilai kasih Ibu..

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai RM4.00
Tolong jaga adik RM4.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM3.00
Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah :
RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
P/S:
Kasih ibu membawa ke syurga. Ingatlah bahawa tiada nilainya kasih seorang ibu terhadapnya walaupun dibayar dengan segunung intan permata atau selaut harta. Hormatilah kedua-dua orang tuamu selagi mereka masih hidup. Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, rahmatilah hidup mereka, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku disepanjang hidup mereka. Amin......

Read more...

Monday, February 15, 2010

Satu lagi perbuatan kejam (Buang Bayi)

14 Februari 2010

Anggota polis memeriksa tong sampah di mana mayat seorang bayi (dalam bulatan) dibuang dan dibakar di Jalan Tengku Zainal Abidin, Kuala Krai, Kelantan semalam.

KUALA KRAI - Mayat seorang bayi yang masih terlekat dengan uri dan bertali pusat ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dibuang sebelum dibakar di dalam sebuah tong sampah di Jalan Tengku Zainal Abidin di sini semalam.
Akibat dibakar, bayi lelaki cukup sifat yang dipercayai baru dilahirkan kurang 48 jam itu, rentung separuh badan sehingga menyebabkan kakinya terputus.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu sudah mati atau dibakar hidup-hidup sebelum dibuang.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/
Ulasan:
Kejam sungguh makhluk yang bernama manusia zaman sekarang. Alangkah sedihnya bayi yang tidak berdosa dibuang seperti sampah. Dibunuh dengan kejam tanpa rasa simpati. Dimana letaknya belas kasihan? dimana letaknya naluri keibuan? dimana letaknya iman? siapa yang bersalah dalam hal ini?
Kenapa dibuang anak itu sedangkan pusat-pusat kebajikan bersepah di Malaysia yang sanggup menjaga bayi tersebut. Bayi itu juga ada hak untuk hidup. Walaupun telah melakukan maksiat, tetapi kenapa tidak gugurkan sahaja kandungan. Kenapa sanggup kandungkan bayi tersebut sehingga 9 bulan tetapi tidak sanggup menghantar bayi tersebut ke pusat kebajikan. Paling tidak pun letak sahaja bayi itu di atas masjid. Mungkin ada orang yang akan ambil.
Mungkin tidak dinafikan mangsa telah dirogol atau terlibat dalam kes sumbang mahram. Tetapi kenapa tidak laporkan sahaja kepada pihak-pihak tertentu. Kenapa takut untuk menyatakan kebenaran dan mengambil keputusan bodoh. Berani kerana benar, takut kerana salah. Allah sentiasa melindungi orang-orang yang dizalimi. Jangan takut untuk menegakkan kebenaran. Tetapi takutlah untuk mengerjakan kejahatan.

Read more...

Guru baru wajib mengajar di pedalaman

14 Februari 2010
BALIK PULAU – Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.
“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.
“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/
Ulasan:
Satu perkembangan yang sihat buat bakal-bakal guru kerana pengalaman mengajar dikawasan pedalaman mampu menguji tahap kemampuan dan psikologi para guru. Seharusnya semua guru didedahkan dengan cabaran sebegini supaya bakal pendidik masa hadapan mempunyai jati diri yang kuat dan mampu menyahut segala cabaran. Memandangkan dunia pendidikan hari ini sangat mencabar kerana para pendidik hari ini terpaksa berhadapan dengan karenah pelajar yang semakin hari semakin teruk. Semua guru wajib melengkapkan diri dengan segala ilmu sama ada ilmu dunia atau ilmu akhirat sebagai bekalan ketika berhadapan dengan konflik semasa berada di dunia persekolahan kelak. Masa depan pelajar terletak pada tangan guru. Jadilah guru yang hebat dan fleksibel dalam sebarang perkara. Yakin boleh.....

Read more...

Saturday, February 06, 2010

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)

17 Mei-27 Mei 2009

SMK Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan dimana zaman bergelar student dibawah kategori nakal masih terpahat dalam memori hidupku. Dulu aku adalah pelajar disekolah berkenaan. Tetapi sekarang aku adalah guru pelatih dibawah Program Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) yang mana merupakan syarat wajib universiti kepada pelajar yang telah berada disemester 4 dan ke atas merasai pengalaman menjadi guru pelatih selama dua minggu dan membuat tinjauan tentang peranan dan tugas sebagai guru disekolah. Semua pelajar upsi diwajibkan mengikuti Program ROS sekali seorang di sekolah menengah dan merupakan syarat yang mesti dipatuhi sebagai asas sebelum melaksanakan praktikum pada akhir pengajian. Namun program ini turut dibuka kepada pelajar semester 3. Sebelum ini Rancangan Orientasi Sekolah perlu dibuat sebanyak dua kali iaitu satu disekolah rendah dan satu disekolah menengah. Tetapi bermula pada tahun 2009, universiti hanya mewajibkan ROS hanya dibuat sekali seorang disekolah menengah. Berbalik kepada cerita aku ketika pertama kali melangkah ke sekolah dengan tittle sebagai guru pelatih, hatiku diselubungi pelbagai tanda tanya. Layakkah aku bergelar sebagai seorang guru? Bagaimanakah persepsi guru lama terhadap guru pelatih?Macam mana reaksi pelajar terhadap guru pelatih? Mampukah aku berhadapan dengan pelajar? persoalan ini mesti dihadapi oleh semua guru pelatih seperti aku ketika pertama kali melangkah ke sekolah. Dipendekkan cerita..... sepanjang dua minggu bergelar sebagai guru pelatih, aku ditugaskan menjadi pengawas peperiksaan. Pada masa yang sama aku harus melengkapkan tugasan mencari maklumat sekolah untuk dijadikan bahan laporan yang mesti dihantar kepada penasihat akademik di Universiti. Namun, pengalaman sebagai guru pelatih sangat menyeronokkan dan memberikan semangat kepadaku untuk terus berbakti agar generasi pelapis negara berkembang dengan sihat terutamanya dari segi psikologi. Hakikat sebenar remaja sekolah pada hari ini sangat menyedihkan kerana dunia mereka sangat terdedah kepada gejala sosial yang sangat teruk. Siapakah yang bersalah dalam hal ini?? Berdasarkan pengalamanku, kebanyakkan pelajar sekolah masih keliru dan buta dengan halatuju hidup mereka. Mereka memerlukan semangat dan dorongan daripada orang dewasa untuk memandu hidup mereka.


Kenangan Bersama Cikgu Pelatih ROS


Sambutan hari Guru pada 17 Mei 2009.
Nyanyi cikgu jangan tak nyanyi.....


p/s: Wahai insan yang bergelar guru, sumbanglah baktimu sebanyak mungkin. Laksanakan amanah dan tanggungjawab tanpa rasa jemu dan mengharapkan balasan semata-mata. Buka mata seluas-luasnya dan lihatlah betapa daifnya insan yang bergelar remaja atau pelajar pada hari ini. Mereka memerlukanmu.....tolonglah mereka.

Read more...

Hukum Meninggalkan Solat Fardu (Wajib Qadha)

Menurut hukum syarak, setiap solat fardhu yang ditinggalkan wajib diqadha' sama ada disebabkan lupa, tidur atau orang murtad yang kembali semula kepada Islam setelah murtad. Dari segi istilah fuqaha, qadha' ialah sesuatu (ibadah) yang dilakukan selepas berlalu waktu tunainya untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya dengan melakukannya secara qadha' atau mengerjakan semula ibadat-ibadat yang tidak sah, atau yang tertinggal atau senghaja ditinggalkan pada waktu-waktu yang lain.


Dalil Hadis

Dari Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu , Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:

Maksudnya : Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solatnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solat yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:"Dirikanlah solat untuk mengingati Aku". (Hadits riwayat Muslim)

Hukum harus mengqadha' solat itu bukanlah sebagai satu kelonggaran yang membolehkan seseorang itu meninggalkannya dengan senghaja sehingga luput waktunya walaupun berhasrat untuk mengqadha'nya pada waktu yang lain. Adapun anggapan bahawa meninggalkan solat dengan senghaja dan boleh menggantinya pada waktu yang lain asal saja kewajipan itu tidak terus ditinggalkan atau dilupakan adalah satu anggapan yang salah.

Meninggalkan solat Fardhu

Orang yang meninggalkan solat tetapi tidak ingkar akan kewajipannya kadang-kadang disebabkan keuzuran yang diiktiraf oleh syara'. Kadang-kadang pula disebabkan oleh alasan yang bukan syari'e dan inilah yang sering berlaku. Sebab-sebab meninggalkan solat itu boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang masing-masing ada kaitan dengan hukum, iaitu:

• Pertama : Meninggalkan solat kerana keuzuran. Orang seperti ini tidaklah berdosa kerana terluput waktu solat bukan dengan kehendak atau kelalaiannya, akan tetapi wajib ke atasnya qadha' solat yang luput itu dan sunat disegerakan qadha'nya.

• Kedua : Meninggalkan solat tanpa ada keuzuran seperti malas atau melalai-lalaikan sehingga luput waktunya. Maka orang seperti ini berdosa tanpa diragukan lagi.

Contoh meninggalkan solat kerana keuzuran atau tanpa disenghajakan itu seperti tertidur, terlupa dan seumpamanya sehingga luput waktu. Namun apabila terbangun daripada tidur atau teringat daripada lupa, maka dia wajib melakukan solat tersebut kerana kewajiban solat masih lagi ditanggungnya.

Dalam sebuah hadits shahih , Abu Qatadah Radhiallahu 'anhu menceritakan mengenai dengan perjalanan mereka bersama Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam . Dalam perjalanan itu mereka keletihan lantas tertidur. Apabila mereka terbangun daripada tidur waktu solat sudah pun berlalu. Mereka bertanya sesama sendiri, apakah kaffarah yang mesti dibayar atas kelengahan mereka melakukan solat. Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam mendengar bisikan mereka lantas bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya di dalam tidur tidak ada kelalaian. Sesungguhnya kelalaian itu ke atas seseorang yang tidak melakukan solat sampai habis waktunya. Maka sesiapa yang melakukan demikian, segeralah dia solat ketika dia ingat akannya. Maka pada hari esoknya hendaklah ia menunaikan solat ketika waktunya. (Hadits riwayat Muslim)

Walaupun terdapat pengecualian dalam melaksanakan tanggungjawab solat bagi orang yang sedang tidur, ini bukanlah bermakna senghaja tidur atau ditidur-tidurkan untuk mengelak atau mencari helah daripada melakukan solat pada waktunya.

As-Sayyid Muhammad Abdullah al-Jurdani Rahimahullah dalam kitabnya Fath al-'Allam ketika bercakap mengenai tidur dan hubungannya dengan solat, beliau menyatakan adalah harus tetapi tidak digalakkan tidur selepas masuk waktu solat dan sebelum menunaikan solat, jika mengikut sangkaannya bahawa dia akan bangun dari tidurnya, sama ada bangun dengan sendirinya atau dikejutkan oleh orang lain, dan masih ada waktu untuk dia menunaikan solat. Jika tidak, maka hukumnya adalah haram. Bahkan baginya dua dosa; dosa kerana meninggalkan solat dan dosa kerana tidur. Maka jika dia bangun dari tidur (sebelum tidur dia menyangka bahawa jika bangun dari tidur tidak ada waktu baginya untuk menunaikan solat) tetapi dia sempat mengerjakan solat, maka terangkat dosa meninggalkan solat. Manakala dosa yang wujud disebabkan dia tidur tidak akan terangkat kecuali dengan beristighfar.

Adapun meninggalkan solat tanpa uzur syari'e atau meninggalkannya dengan senghaja seperti melalaikannya sehingga masuk waktu yang lain adalah berdosa dan wajib baginya mengqadha' dengan segera solat yang luput itu.

Sibuk dengan apa urusan sekalipun bukanlah alasan untuk meninggalkan solat sehingga luput waktu, begitu juga dengan alasan tidak dapat melakukan solat kerana tidak mampu untuk berdiri atau rukuk atau lain-lain alasan kerana sakit.

Sakit tidaklah termasuk antara sebab-sebab yang membolehkan seseorang itu tidak menunaikan solat sebagaimana yang diriwayatkan daripada Imran bin Hushain Radhiallahu 'anhu , beliau berkata:

Maksudnya: Aku menghidap buasir, maka aku bertanya kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam tentang solat. Maka Baginda bersabda: "solatlah berdiri, dan jika engkau tidak mampu, maka duduklah, dan jika engkau tidak mampu, maka solatlah dengan mengiring". (Hadits riwayat al-Bukhari)



Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_qada

Read more...

Pegang Isteri: Batal atau Tidak Wudhuk??

Masalah batal atau tidak wudhu ni adalah berbeza pendapat dikalangan mazhab yang 4 (Syafie, Hambali, Maliki, dan Hanafi). Mazhab Syafie sahaja yang mengatakan batal dan yang lain mengatakan tidak batal. Mereka berbeza-beza pendapat berdasarkan terjemaahan dan fahaman dari ilmu mereka tentang An-Nisa :43.... kita sebagai orang awam boleh berpegang dengan mana-mana pendapat asalkan kita tahu dan arif tentangnya.

1. Pendapat yang mengatakan BATAL.

Maksudnya: “… atau jika kamu menyentuh perempuan”. [An-Nisa’: 43].Mereka berhujah bahawa yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah: “Al-Lams” iaitu sentuhan. Hakikatnya sentuhan dari segi bahasa ialah menyentuh dengan tangan. Juga telah disabitkan bahawa Ibnu Umar menafsirkan ayat ini sedemikian. Kata Ibnu Umar:

Maksudnya: “Kucupan seorang lelaki terhadap isterinya, menyentuhnya dengan tangan adalah dikira “mulamasah”, oleh itu sesiapa yang mengucup atau menyentuh isterinya dengan tangan maka hendaklah dia mengambil wudhu.” [Riwayat Imam Malik di dalam Al-Muwatta’].

Maka Imam Syafei menyatakan jika sesiapa yang menyentuh dengan tangannya perempuan yang sah dinikahinya, maka terbatal wudhu’ dengan sebab itu. [Al-Umm: 1/63].

Manakala tentang hadis-hadis yang digunakan oleh pendapat kedua dan ketiga (ada di bawah ini), mazhab Syafei menafsirkan samada sentuhan itu berlaku dengan berlapik ataupun khusus untuk Rasulullah saw sahaja.

2. Pendapat yang mengatakan TIDAK BATAL

Ini adalah pendapat Ibnu Abbas dan Ali bin Abi Talib ra yang menafsirkan firman Allah Ta’ala: “Al-Lams” itu maksudnya bersetubuh atau jimak, bukan sekadar bersentuh seperti pendapat kumpulan pertama tadi. Ini juga pendapat yang diriwayatkan daripada Thawus, Al-Hasan, ‘Ata’ bin Abi Rabah dan Sufyan Ath-Thauri. Mazhab Hanafi serta satu riwayat dari Imam Ahmad juga berpendapat walaupun menyentuh dengan syahwat tidak terbatal wudhu’, kecuali dengan berjimak.

Dalilnya:
1) Ummul Mukminin Aisyah ra. berkata: Maksudnya: “Pada suatu ketika saya tidur di hadapan Rasulullah saw yang sedang bersolat dan dua kaki saya di arah kiblatnya. Apabila Baginda bersujud (tangannya) mengenai (kaki) saya, lalu saya menarik kaki saya, (sedangkan Nabi meneruskan solatnya). Apabila Baginda bangun saya pun menghulurkan semula kaki saya. Kata Sayyidatina Aishah ra. lagi: “Dan rumah-rumah pada masa itu tidak berlampu”. [HR Al-Bukhari : 382] .

2) Begitu juga sebaliknya, jika seorang perempuan menyentuh kulit lelaki, tidak batal wudhu’nya, sebagaimana riwayat daripada Aisyah ra. Maksudnya: “Pada suatu malam, Rasulullah saw berenggang daripada saya, maka saya pun mencari beliau dengan tangan saya, tiba-tiba tangan saya tersentuh dua telapak kaki Baginda ketika Baginda sedang sujud”. [HR Muslim: 486].

3) Aisyah ra. juga meriwayatkan: Maksudnya: “Rasulullah saw sedang bersolat manakala aku tidur di arah kiblatnya seperti jenazah. Apabila Baginda ingin bersolat witir, disentuhnya aku dengan kakinya.” [HR Ahmad: 6/260, An-Nasa’ei: 166. Sahih.]

4) Aishah ra. juga meriwayatkan: Maksudnya: “Rasulullah saw mengucup salah seorang isteri Baginda, kemudian keluar menunaikan solat, sedangkan Baginda tidak pula mengambil wudhu”. [H.R Ahmad No. 25766, Abu Daud: 179. Sebahagian ulama’ (Al-Albani) mengatakan hadis ini sahih, tetapi ramai juga yang mengatakan hadis ini dhaif].

3) Pendapat yang BERSYARAT.

Iaitu terbatal wudhu’ jika menyentuh dengan syahwat, tetapi jika tanpa syahwat, tidak akan terbatal wudhu’. Ini adalah pendapat mazhab Hanbali, Maliki dan ahli feqah (fuqaha’) penduduk Madinah. Pendapat ini juga berdasarkan hadis-hadis Ummul Mukminin Aisyah ra. di atas tadi. Nyata bagi mereka setakat menyentuh saja (tanpa syahwat) tidaklah membatalkan wudhu’. Perkataan “Ghamazni” dan “Massani birijli” itu adalah dimaklumi bahawa persentuhan sedemikian adalah tanpa keinginan syahwat. Kerana itulah sumber ini digunakan sebagai dalil bahawa menyentuh tanpa syahwat itu tidak membatalkan wudhu’. Pengarang kitab “Al-Mughni” (1/256) mengatakan: “Sesungguhnya dengan hanya menyentuh semata-mata belumlah menghadaskan seseorang, kerana yang menjadikan seseorang itu berhadas ialah dengan keluarnya air mazi atau air mani, iaitu apabila berlakunya keinginan syahwat”.

Kesimpulan: Perbandingan antara mazhab ini menunjukkan bahawa hanya mazhab Syafei sahaja yang agak berat dalam masalah ini, di mana hanya bersentuhan sahaja (samada sengaja atau tidak) telah membatalkan wudhu’. Sedangkan Imam-imam mazhab lain lebih ringan dan terbuka. Mazhab Hanafi berpendapat maksud bersentuh itu dengan bersetubuh. Manakala Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal pula mengatakan sentuhan yang membatalkan wudhu’ ialah yang menimbulkan keinginan syahwat. Maka pendapat yang rajih (kuat) ialah pendapat jumhur yang mengatakan tidak batal wudhu’ dengan sebab menyentuh perempuan sebagaimana yang telah ditafsirkan oleh Abdullah Ibnu Abbas ra (Turjuman Al-Quran dan Habrul Ummah) dan Ali bin Abi Talib ra yang menafsirkan firman Allah Ta’ala: “Au Laamastum”, “Al-Lams” itu maksudnya bersetubuh atau jimak, bukan sekadar bersentuh. [Lihat Tafsir Ibnu Kathir]. Adapun dakwaan bahawa sentuhan di antara Rasulullah saw dan Aisyah adalah dengan berlapik atau hanya khusus untuk Rasulullah sahaja, ramai ulama’ mengatakan bahawa dakwaan tersebut tidak mempunyai dalil yang jelas atau bukti yang menunjukkan sentuhan itu adalah berlapik. Kata ulama’: “Satu hukum yang amat perlu diketahui oleh umat pasti dijelaskan oleh Rasulullah saw walaupun secara umum kemudian dinukil oleh jenerasi umat ini…

Dengan ini diketahui bahawa tidak wajib mengambil wudhu’ kerana bersentuh dengan perempuan… kerana seseorang itu sentiasa tersentuh isterinya dengan syahwat atau tidak, kemudian tidak ada pula riwayat yang menjelaskan bahawa Rasulullah saw mengarahkan agar mengambil wudhu’ kerananya. Al-Quran pula tidak menunjukkan maksud sedemikian, bahkan apa yang dikehendaki dengan mulamasah ialah jima’”. [At-Tarjih 73-74]Namun bagi mereka yang menyentuh dengan syahwat, adalah lebih baik baginya untuk memperbaharui semula wudhu’nya, sebagaimana yang disarankan oleh sebahagian ulama’..


Read more...

Waktu Solat & Spektrum Warna

Sains sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang arif dalam bidang fotografi.

SUBUH – Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru mudah tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakkan ruang dan masa) – dalam erti kata lain juga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

ZUHUR – Warna alam pada waktu ini ialah warna kuning. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

ASAR - Alam berada dalam spectrum warna oren pada waktu ini. Warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

MAGHRIB – Alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang tua-tua agar tidak berada diluar rumah. Ini kerana spektrum warna ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dahulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYAK – Alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu dimana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitary, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah dan meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke system tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t ini mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisplin dalam menghadiri kelas taichinya.



Read more...

Wednesday, February 03, 2010

Program Dadah (Pusat Serenti Tampin, 2009)

Program dadah la plak. Ni program sem lepas (Sem 5) yang aku buat kat pusat serenti bersama pelatih disana. Pertama kali buat program untuk pelatih serenti. Gabra la jugak wee....... Tambah plak Pusat Serenti Tampin salah satu pusat serenti kategori "Hardcore" kat Malaysia ni. Sebelum hari kejadian, tak lena tidur dibuatnya. Asyik memikirkan persekitaran disana, penerimaan pelatih disana terhadap program kami, macam mana dan bagaimana nak laksanakan aktiviti dan banyak lagi la yang berlegar dilubuk hatiku yang gundah gulana ni. Aku kuatkan semangat untuk berhadapan dengan pelatih disana. Sampai hari kejadian, kami membuat persiapan terakhir sebelum bertolak supaya program yang akan kami buat berjalan dengan lancar. Dipendekkan cerita, kami pun sampai la kat Pusat Serenti Tampin jam 0800pagi. Setelah mendengar taklimat selama 1jam daripada penolong pentadbiran, maka bermula la program kami. Kami hanya diberikan 2 jam sahaja kerana program ini dibuat pada hari jumaat (bulan Ramadhan). Kami juga diberikan peserta seramai 18 orang. Ada juga dikalangan mereka yang mempunyai ijazah. Tapi sayang la.... dah nasib mereka terjerumus dalam najis dadah. Aktiviti pertama "Ice Breaking" la (macam tak tahu la plak...). Selepas buat "Ice Breaking" kami terus ke aktiviti seterusnya iaitu mencari satu perkataan yang melambangkan makna kepada dadah dan menerangkan maksud disebalik perkataan yang dipilih. Macam-macam perkataan yang disebut. Ada yang sebut "pehr...syok, benci, geram dll". Berdasarkan penerangan mereka, kedengaran ada yang ingin berubah, tak nak berubah dan neutral. Selepas tu aktiviti "Graf Kehidupan" adalah slot aku yang ditunggu-tunggu oleh aku. Tapi slot aku paling tidak disukai oleh pelatih kerana mereka tidak suka mengungkit cerita lama. Pendek kata mereka benci perkataan "DADAH". Habis setakat ini cerita ni. Panjang sangat kalau nak cerita. Moral of the story, jangan sebut perkataan dadah atau jadikan pelatih bahan kajian kerana mereka tidak suka diperlakukan begitu. Pengalaman ini aku jadikan penyuntik semangat untuk berhadapan dengan klien yang banyak kerenah.

Sedikit buah tangan sebagai tanda penghargaan
kepada wakil Pusat Serenti Tampin

Bergambar kenang-kenangan bersama Penolong Pentadbir
dan juga Kaunselor Pusat Serenti Tampin

Note: Kami tidak dibenarkan mengambil gambar pelatih. Nak siarkan gambar lagi la tak boleh. Kalau nak tengok macam mana rupa pelatih pusat serenti pergi la melawat sendiri.

Read more...

Program Keluarga, Johor (2009)

Banyak sungguh benda kena buat bila terjebak dalam dunia kaunseling. Terutama sekali program tiap2 semester. Kali ni kena buat program keluarga plak. Buat je la Joe....aku tahu ko boleh buat punye. Program bersama keluarga ni dibuat kat umah Oshin di Johor. dah lupa kampung ape. Kami punya group ade 7 orang ahli iaitu Oshin tuan punye kampung, Shafa, Ain, Ayie, Fred, Najib dan tak lupa aku skali la. Bila buat program kat orang berumur tak boleh la ekstrim sangat. Ala kadar je la aktiviti yang kami buat. Aktiviti yang paling dieorang suka ialah senaman pagi. kami buat "chicken dance and poco-poco". Lepas tu kami buat aktiviti biasa seperti cari benda yang melambangkan maksud yang mempunyai makna terhadap keluarga mereka. Lepas tu mereka (Keluarga tersebut) kena create benda 2 kat kertas secara kreatif mengikut kreativiti sendiri. Tapi penyertaan keluarga dalam program ini tak banyak. Maklum la masing2 sibuk dgn kerja masing2. Walaupun tak banyak tapi kira ok la drp tak ada langsung. Program ni dibuat kat sekolah berhampiran. Nasib baik guru besar sekolah membenarkan kami untuk meminjam kawasan sekolah untuk melaksanakan program.

Makcik and Pakcik diberi taklimat ringkas sebelum
senaman pagi bersama kami


Kreatif jugak makcik and pakcik ni. kami sediakan hadiah
kpd pemenang.Tapi semua dpt hadiah huhu... 
(adat program katakan...)


Berehat sebentar sebelah petangnya............

Setelah penat melaksanakan program apa kata kita tenangkan fikiran menikmati suasana alam sambil melihat ikan berenang ditemani alunan air yang mengalir dicelah-celah kaki bukit. Pada sebelah petang pada hari yang sama kami ke kawasan perkelahan tak jauh dari rumah Oshin. entah nama apa tempat tu. Tapi sayang waktu tu musim kemarau. so air sungai surut la. tak dapat nak bermandi manda. dah tak ada rezeki kami untuk menikmati kesejukan air yang mengalir dikaki gunung. Tempat tu dah tak jauh dengan Gunung Ledang. Nasib baik tak jumpa Puteri Gunung Ledang. Kalau tak aku kawin dengan anak raja la (hu.... hu....) gurau je la. Mana layak aku kawin dengan Puteri Gunung Ledang. mungkin dia dah tua. maklum la zaman Hang Tuah lagi.


Ayie sedang bertapa. kononnya hang Tuah la tu.
macam Hang Kebun ade la....


Nie la Hang Tuah sebenar. Takde la. ni la aku. sebagai
bukti aku pergi jugak (buat kenangan je)

Read more...

Program kepimpinan SMK Air Tawar, Johor (2008)

Program Hubungan Etnik pd sem 2 yang diadakan di SMK Air Tawar, Johor sgt bermakna bagiku. Pertama kali aku menjadi fesilitator dlm hidupku. Sebelum ni aku hanya mengikuti program. Tapi kali ini aku melaksanakan program. Bukan senang untuk melaksanakan program kerana memerlukan kemahiran yang tinggi, komunikasi yang berkesan, kesabaran dan ketabahan yang kuat. Paling penting pengetahuan dan pengalaman yang banyak.
Sebelum program dilaksanakan, banyak rintangan dan kekangan yang terpaksa dilalui kerana masalah dalaman dan luaran yang tidak dpt dielakkan. Namun program ini berjaya diteruskan. Tahniah kawan2ku yang lain kerana anda mampu melaksanakan program ini bersama-sama. Program ini sungguh menyeronokkan kerana aktiviti2 yang dirancang sgt menarik dan berjaya mencapai objektif yang dirancang. Program kepimpinan ini hanya dihadiri oleh pengawas sekolah berkenaan sbg persiapan kepada mereka untuk melengkapkan diri bagi menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai pemimpin atau pengawas yang diberikan kepercayaan oleh pihak sekolah. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Albar. Yang Berhormat juga turut memberikan sumbangan dalam menjayakan program ini.

Program ini juga sebagai latihan kepada kami dalam mencari ilmu dan pengalaman sebelum bergelar sbg seorang kaunselor nanti. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan peluang dan ruang kepada kami untuk menganjurkan program disekolah berkenaan. Tidak lupa juga kpd kwn2 seperjuangan dan Jabatan Kaunseling UPSI atas sumbangan dan kerjasama. Turut tidak dilupai Syhakin sekeluarga kerana sumbangan yang tidak ternilai.


Barisan Fesilitator

Selepas Sesi Taklimat dgn Pengetua

Aktiviti "Menara Impian"

Malam Persembahan Pelajar

Penyampaian Sijil oleh Yang Berhormat

Kenangan Akhir Bersama kaunselor Sekolah 

Read more...

Tuesday, February 02, 2010

Program Kaunseling Hay Resort, Sabak Bernam (2008)

Salam utk semua. Ingat lg tak program kat Hay Resort?? Semua skali budak B&K intake Julai 2007 dpt berkumpul beramai2 dlm 1program. Byk kenangan kat sana dan sgt berguna utk kita semua sbg bakal kaunselor kelak. Pendedahan ttg perlaksanaan modul drp En. Aziz, En. Taqi, dan byk lg la y turun membantu.
Sedar tak sedar kita dpt mengenali antara satu sama lain. Walaupun 1bidang, tapi xsemua kenal member2 seangkatan. Rupanya ramai jgk bdk2 B&K y aku xkenal. Maklum la kita bukan 1klas. Kalo kenal pun ms perjumpaan KASIH je.2pon sekejap je. Sekadar perjumpaan majlis. Proses kenal mengenal kne ambil masa jgk sb masing2 xde masa nk jumpe. Myb kne buat "Ice Breaking" kot masa mula2 daftar dulu. Byk orang byk ragam. Masa ni la kita nk kenal kerenah dan telatah member2 kita.
Tgk picture kt bawah. Imbas kembali kenangan kat sana. Jom layan............

Kanak2 Nakal Masa program

Penat sungguh masa aktiviti Kembarun. Tapi best la......
macam org gila ke sana ke mari cari check point

Wakil Pantun utk dpt "Klu" check point seterusnya
En. Taqi dera kami

Read more...

Sunday, January 31, 2010

Dunia Remaja

Salam untuk semua............
Mahu tidak mahu, semua orang akan menempuhi alam remaja. Namun tidak semua menikmati alam remaja sebagaimana sepatutnya dia bergelar seorang remaja. Remaja yang sebenar adalah remaja yang sihat dan produktif. Tapi sejauh mana remaja itu dikategorikan sebagai remaja yang sihat dan produktif??
Kemodenan dunia ditambah dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat membangun, banyak melalaikan kehidupan seorang insan yang bergelar remaja. Golongan ini semakin lama semakin hanyut dengan dunia mereka sendiri. Tanpa panduan yang sebenar, mereka terus menikmati zaman remaja mereka dengan kemegahan yang dimiliki. Siapa yang bersalah dalam hal ini?? Adakah kecanggihan teknologi yang dipersalahkan? Adakah ketidakfungsian sistem keluarga yang harus dipertanggungjawabkan? Adakah hasutan rakan sebaya yang menjadi punca penyebab?
Sebenarnya panduan ilahi yang semakin dilupakan sehingga sistem kehidupan manusia terombang-ambing ibarat perahu kecil ditengah laut yang menunggu karam menjemput. Semua pihak harus bertanggungjawab dalam memastikan panduan ilahi terus diguna pakai terutamanya dalam menghadapi serangan global yang menjadi duri dalam daging remaja terutamanya remaja Islam. Sedih kiranya melihat pejuang muda gugur tanpa senjata dalam dunia realiti mereka sendiri tanpa acuan dari pejuang tua yang sombong dengan ilmu, yang tamak akan duniawi, yang bongkak dengan pengalaman dan yang jahil tentang agama.
Bangunlah saudaraku membenam idealogi parasit yang cuba menyelinap disebalik debu yang berterbangan dalam arus kemajuan yang menjadi medium pembiakan. Jangan kerana duniawi kita megah dengan harta seisi dunia, kita megah dengan pangkat setinggi gunung, kita bongkak dengan ilmu setinggi langit. Bantulah insan yang bergelar remaja disekeliling kita yang masih buta dengan tipu muslihat duniawi.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.