Showing posts with label Diari kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Diari kehidupan. Show all posts

Saturday, March 09, 2013

BerJiNak sEmuLa

dh lama xbuka blog.sedar xsedar dh 2thn berlalu.sampai aku sndiri dh lupa mcne nk guna blog.mcne ni?kne study blk ni

Read more...

Monday, July 19, 2010

Bersua Halaman

Bulan 7 ni semester baru bermula.Aku pn dh sem-7 sekarang.Sem last di UPSI.sem-8 dah praktikum. Begitu cepat masa berlalu. Rasa mcm junior lagi walaupun dah nak habis study. Banyak benda berlaku dalam hidup ni. Adik aku dapat masuk UPSI jugak. Syukur Alhamdulillah pada tuhan. Bila makin meningkat umur ni, tanggungjawab makin besar. Prangai tak berubah lagi. Tak bersedia lagi dengan semua bebanan hidup. Biar hati serabut mana skali pun, tapi yang penting hidup kena ceria selalu.

Read more...

Wednesday, April 28, 2010

Trip Pancing Haruan

Dah lama sungguh tak buka blog ni. maklum la tak ada masa. Sibuk dengan urusan harian yang menuntut masa yang lebih. hari ni terlintas difikiran untuk buka blog. Terlintas plak nk post kn sesuatu yang menarik minggu ini. Trip pancing haruan yang boleh dikatakan menjadi kegilaan. Sanggup ke Bidor yang jaraknya berpuluh-puluh kilometer untuk memancing haruan walaupun pada musim hujan. Tapi habuan yang cukup membanggakan dimana trip pertama dapat menaikkan haruan sebanyak 21 ekor, trip kedua 10 ekor (sebab hujan awal), trip ketiga 14 ekor di tempat yang sama. Tunggukan kehadiran kami ke Bidor untuk trip ke-4 pada 30hb Mei 2010. Aktiviti menjejak haruan sebanyak mungkin sebelum cuti semester bermula. Siapkan kelengkapan armada......

Bergambar sebelum bertolak balik ke Tanjong Malim

Read more...

Monday, March 15, 2010

Ku Lontarkan Stress di Teluk Senangi

13-14 Mac 2010

Setelah kepenatan berhempas pulas dengan assigment yang menggunung dan seberat 300 tan, akhirnya aku mampu menyiapkan separuh daripadanya. Tapi untuk menghabiskan sisa-sisa yang ada, boleh buat aku gila separuh masak. Perancangan ke Teluk Senangi dengan tujuan merehatkan minda dan menenangkan fikiran, sedikit sebanyak boleh buat aku lupakan sejenak kisah assigment yang belum disentuh. Teluk Senangi....aku datang padamu...
Sebenarnya, tujuan rombongan melancong ke Teluk Senangi adalah untuk menghabiskan duit sumbangan sekolah yang dihadiahkan kepada kumpulan kami ketika melaksanakan program "Menggapai Bintang" kat SMODKB. Jadi Kami telah membuat kata sepakat di Dewan Parlimen untuk melancong ke Teluk Senangi dan ber BBQ disana semalaman. Bagi kaum Adam pula, disusuri aktiviti memancing "Haruan" di sekitar tempat kejadian. Sebelah malam pula, memancing ditepi pantai sambil ber BBQ. Kaum pompuan pun turut serta dalam aktiviti pancing ni. Bukan main seronok lagi dieorang dapat menaikkan ikan "Gelama". Tapi ade juga yang menaikkan ikan "Buntal" yang disangka ikan "Kerapu". Kesian dieorang....
Sebelah pagi keesokkan harinya, ada dokumentari tentang kisah hidup masyarakat Teluk Senangi dan pengambaran "Geng-Geng Sambrono" yang sudah lama brono. Tengok la sendiri aksi-aksi ngeri Geng Sambrono ni.
Kenangan bersama macam ni memang menyeronokkan dan kekal dihati buat selama-lamanya. Zaman remaja hanya sekali untuk diisi dengan penuh bermakna. Ada masa aktiviti melancong ini akan diteruskan ditempat lain pula. InsyaAllah nntikan kehadiran Geng Sambrono ditempat anda. Wakaka.....

"Geng-Geng Sambrono"


Read more...

Thursday, February 25, 2010

Harapan Seorang Abang

Hari nie aku sangat gembira kerana harapanku utk melihat adik-adikku berjaya dimakbulkan Allah. Ada juga adikku yang menjejak langkahku. Hari nie kn keputusan STPM keluar. Petang tadi adik aku call. Dia bagitau die dapat result ok. Dia dapat 1A, 1A-, 2B dan 1C dengan PNGK 3.4. Maknanya adik aku mampu melangkah masuk university. Mak ayah aku mesti sangat gembira. Segala kesusahan mereka dulu terubat jua. Mungkin tuhan banyak menguji tahap kesabaran orang tuaku. Siapa tahu tentang perancangan tuhan.Dia maha mengetahui segalanya dan juga prihatin dengan permintaan hambanya. Sempat aku ucapkan tahniah tadi kepada adikku sebagai pembakar semangat utk dia terus berusaha menggapai kejayaannya. Terima kasih tuhan kerana mendengar permintaan hambamu ini. Good Luck adikku Nor Suhada binti Che Mat Hassan. Teruskan usahamu demi masa depanmu jua. Kini dua orang daripada kami adik-beradik mampu menjejak kaki ke university. Mudah-mudahan adik-adikku yang lain turut mengikuti jejak kami nanti. InsyaAllah……amin….

Read more...

Saturday, February 06, 2010

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)

17 Mei-27 Mei 2009

SMK Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan dimana zaman bergelar student dibawah kategori nakal masih terpahat dalam memori hidupku. Dulu aku adalah pelajar disekolah berkenaan. Tetapi sekarang aku adalah guru pelatih dibawah Program Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) yang mana merupakan syarat wajib universiti kepada pelajar yang telah berada disemester 4 dan ke atas merasai pengalaman menjadi guru pelatih selama dua minggu dan membuat tinjauan tentang peranan dan tugas sebagai guru disekolah. Semua pelajar upsi diwajibkan mengikuti Program ROS sekali seorang di sekolah menengah dan merupakan syarat yang mesti dipatuhi sebagai asas sebelum melaksanakan praktikum pada akhir pengajian. Namun program ini turut dibuka kepada pelajar semester 3. Sebelum ini Rancangan Orientasi Sekolah perlu dibuat sebanyak dua kali iaitu satu disekolah rendah dan satu disekolah menengah. Tetapi bermula pada tahun 2009, universiti hanya mewajibkan ROS hanya dibuat sekali seorang disekolah menengah. Berbalik kepada cerita aku ketika pertama kali melangkah ke sekolah dengan tittle sebagai guru pelatih, hatiku diselubungi pelbagai tanda tanya. Layakkah aku bergelar sebagai seorang guru? Bagaimanakah persepsi guru lama terhadap guru pelatih?Macam mana reaksi pelajar terhadap guru pelatih? Mampukah aku berhadapan dengan pelajar? persoalan ini mesti dihadapi oleh semua guru pelatih seperti aku ketika pertama kali melangkah ke sekolah. Dipendekkan cerita..... sepanjang dua minggu bergelar sebagai guru pelatih, aku ditugaskan menjadi pengawas peperiksaan. Pada masa yang sama aku harus melengkapkan tugasan mencari maklumat sekolah untuk dijadikan bahan laporan yang mesti dihantar kepada penasihat akademik di Universiti. Namun, pengalaman sebagai guru pelatih sangat menyeronokkan dan memberikan semangat kepadaku untuk terus berbakti agar generasi pelapis negara berkembang dengan sihat terutamanya dari segi psikologi. Hakikat sebenar remaja sekolah pada hari ini sangat menyedihkan kerana dunia mereka sangat terdedah kepada gejala sosial yang sangat teruk. Siapakah yang bersalah dalam hal ini?? Berdasarkan pengalamanku, kebanyakkan pelajar sekolah masih keliru dan buta dengan halatuju hidup mereka. Mereka memerlukan semangat dan dorongan daripada orang dewasa untuk memandu hidup mereka.


Kenangan Bersama Cikgu Pelatih ROS


Sambutan hari Guru pada 17 Mei 2009.
Nyanyi cikgu jangan tak nyanyi.....


p/s: Wahai insan yang bergelar guru, sumbanglah baktimu sebanyak mungkin. Laksanakan amanah dan tanggungjawab tanpa rasa jemu dan mengharapkan balasan semata-mata. Buka mata seluas-luasnya dan lihatlah betapa daifnya insan yang bergelar remaja atau pelajar pada hari ini. Mereka memerlukanmu.....tolonglah mereka.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.