Monday, March 15, 2010

Ku Lontarkan Stress di Teluk Senangi

13-14 Mac 2010

Setelah kepenatan berhempas pulas dengan assigment yang menggunung dan seberat 300 tan, akhirnya aku mampu menyiapkan separuh daripadanya. Tapi untuk menghabiskan sisa-sisa yang ada, boleh buat aku gila separuh masak. Perancangan ke Teluk Senangi dengan tujuan merehatkan minda dan menenangkan fikiran, sedikit sebanyak boleh buat aku lupakan sejenak kisah assigment yang belum disentuh. Teluk Senangi....aku datang padamu...
Sebenarnya, tujuan rombongan melancong ke Teluk Senangi adalah untuk menghabiskan duit sumbangan sekolah yang dihadiahkan kepada kumpulan kami ketika melaksanakan program "Menggapai Bintang" kat SMODKB. Jadi Kami telah membuat kata sepakat di Dewan Parlimen untuk melancong ke Teluk Senangi dan ber BBQ disana semalaman. Bagi kaum Adam pula, disusuri aktiviti memancing "Haruan" di sekitar tempat kejadian. Sebelah malam pula, memancing ditepi pantai sambil ber BBQ. Kaum pompuan pun turut serta dalam aktiviti pancing ni. Bukan main seronok lagi dieorang dapat menaikkan ikan "Gelama". Tapi ade juga yang menaikkan ikan "Buntal" yang disangka ikan "Kerapu". Kesian dieorang....
Sebelah pagi keesokkan harinya, ada dokumentari tentang kisah hidup masyarakat Teluk Senangi dan pengambaran "Geng-Geng Sambrono" yang sudah lama brono. Tengok la sendiri aksi-aksi ngeri Geng Sambrono ni.
Kenangan bersama macam ni memang menyeronokkan dan kekal dihati buat selama-lamanya. Zaman remaja hanya sekali untuk diisi dengan penuh bermakna. Ada masa aktiviti melancong ini akan diteruskan ditempat lain pula. InsyaAllah nntikan kehadiran Geng Sambrono ditempat anda. Wakaka.....

"Geng-Geng Sambrono"


Read more...

Wednesday, March 10, 2010

Program "Menggapai Bintang" di SMODKB

11 Februari 2010 - 13 Februari 2010

"Puas dan menyeronokkan" adalah ungkapan setelah selesai menjalankan program "Menggapai Bintang" di Sekolah Model Khas Baling (SMODKB). Walaupun penat disepanjang perlaksanaan program, namun banyak pengetahuan dan pengalaman berguna yang mampu dicapai. Barisan fasilitator yang berkebolehan dan berkemampuan telah berjaya menjadikan program ini terbaik di antara yang terbaik. Bukan ingin berbangga tetapi itu lah kenyataan sebenar yang mampu digambarkan.
Buat adik-adik SMODKB, tahniah kerana anda mampu membuktikan kepada barisan fasilitator bahawa anda adalah peserta yang terbaik dan hebat. Kami semua berbangga dengan komitmen yang telah anda semua berikan disepanjang program. Kejayaan anda adalah kebanggaan buat kami. Walaupun pada mulanya kebanyakkan peserta sukar dikawal tetapi semangat yang kami bawa bagi menjayakan program ini membuatkan kami lebih yakin untuk berhadapan dengan keadaan sedemikian. Segala perancangan yang dibuat sebelum melaksanakan program amat penting dalam menjamin kejayaan sesuatu program. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana komitmen yang diberikan sangat bagus. Tidak lupa kepada kaunselor sekolah iaitu En. Subri kerana banyak membantu kami dari segi pengurusan.

Tarian "Eeeq...Oooq"

p/s: Buat adik-adik SMODKB, belajar bersungguh-sungguh. Jangan sia-siakan masa yang ada. Selagi peluang terbentang luas, jangan biarkan peluang tersebut berlalu begitu sahaja. Tindakan kita pada hari ini penentu kepada masa hadapan kelak. Good Luck for u all. pastikan result PMR dan SPM tahun 2010 gempak...chayookk

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.