Sunday, January 31, 2010

Dunia Remaja

Salam untuk semua............
Mahu tidak mahu, semua orang akan menempuhi alam remaja. Namun tidak semua menikmati alam remaja sebagaimana sepatutnya dia bergelar seorang remaja. Remaja yang sebenar adalah remaja yang sihat dan produktif. Tapi sejauh mana remaja itu dikategorikan sebagai remaja yang sihat dan produktif??
Kemodenan dunia ditambah dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat membangun, banyak melalaikan kehidupan seorang insan yang bergelar remaja. Golongan ini semakin lama semakin hanyut dengan dunia mereka sendiri. Tanpa panduan yang sebenar, mereka terus menikmati zaman remaja mereka dengan kemegahan yang dimiliki. Siapa yang bersalah dalam hal ini?? Adakah kecanggihan teknologi yang dipersalahkan? Adakah ketidakfungsian sistem keluarga yang harus dipertanggungjawabkan? Adakah hasutan rakan sebaya yang menjadi punca penyebab?
Sebenarnya panduan ilahi yang semakin dilupakan sehingga sistem kehidupan manusia terombang-ambing ibarat perahu kecil ditengah laut yang menunggu karam menjemput. Semua pihak harus bertanggungjawab dalam memastikan panduan ilahi terus diguna pakai terutamanya dalam menghadapi serangan global yang menjadi duri dalam daging remaja terutamanya remaja Islam. Sedih kiranya melihat pejuang muda gugur tanpa senjata dalam dunia realiti mereka sendiri tanpa acuan dari pejuang tua yang sombong dengan ilmu, yang tamak akan duniawi, yang bongkak dengan pengalaman dan yang jahil tentang agama.
Bangunlah saudaraku membenam idealogi parasit yang cuba menyelinap disebalik debu yang berterbangan dalam arus kemajuan yang menjadi medium pembiakan. Jangan kerana duniawi kita megah dengan harta seisi dunia, kita megah dengan pangkat setinggi gunung, kita bongkak dengan ilmu setinggi langit. Bantulah insan yang bergelar remaja disekeliling kita yang masih buta dengan tipu muslihat duniawi.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.