Saturday, February 06, 2010

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)

17 Mei-27 Mei 2009

SMK Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan dimana zaman bergelar student dibawah kategori nakal masih terpahat dalam memori hidupku. Dulu aku adalah pelajar disekolah berkenaan. Tetapi sekarang aku adalah guru pelatih dibawah Program Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) yang mana merupakan syarat wajib universiti kepada pelajar yang telah berada disemester 4 dan ke atas merasai pengalaman menjadi guru pelatih selama dua minggu dan membuat tinjauan tentang peranan dan tugas sebagai guru disekolah. Semua pelajar upsi diwajibkan mengikuti Program ROS sekali seorang di sekolah menengah dan merupakan syarat yang mesti dipatuhi sebagai asas sebelum melaksanakan praktikum pada akhir pengajian. Namun program ini turut dibuka kepada pelajar semester 3. Sebelum ini Rancangan Orientasi Sekolah perlu dibuat sebanyak dua kali iaitu satu disekolah rendah dan satu disekolah menengah. Tetapi bermula pada tahun 2009, universiti hanya mewajibkan ROS hanya dibuat sekali seorang disekolah menengah. Berbalik kepada cerita aku ketika pertama kali melangkah ke sekolah dengan tittle sebagai guru pelatih, hatiku diselubungi pelbagai tanda tanya. Layakkah aku bergelar sebagai seorang guru? Bagaimanakah persepsi guru lama terhadap guru pelatih?Macam mana reaksi pelajar terhadap guru pelatih? Mampukah aku berhadapan dengan pelajar? persoalan ini mesti dihadapi oleh semua guru pelatih seperti aku ketika pertama kali melangkah ke sekolah. Dipendekkan cerita..... sepanjang dua minggu bergelar sebagai guru pelatih, aku ditugaskan menjadi pengawas peperiksaan. Pada masa yang sama aku harus melengkapkan tugasan mencari maklumat sekolah untuk dijadikan bahan laporan yang mesti dihantar kepada penasihat akademik di Universiti. Namun, pengalaman sebagai guru pelatih sangat menyeronokkan dan memberikan semangat kepadaku untuk terus berbakti agar generasi pelapis negara berkembang dengan sihat terutamanya dari segi psikologi. Hakikat sebenar remaja sekolah pada hari ini sangat menyedihkan kerana dunia mereka sangat terdedah kepada gejala sosial yang sangat teruk. Siapakah yang bersalah dalam hal ini?? Berdasarkan pengalamanku, kebanyakkan pelajar sekolah masih keliru dan buta dengan halatuju hidup mereka. Mereka memerlukan semangat dan dorongan daripada orang dewasa untuk memandu hidup mereka.


Kenangan Bersama Cikgu Pelatih ROS


Sambutan hari Guru pada 17 Mei 2009.
Nyanyi cikgu jangan tak nyanyi.....


p/s: Wahai insan yang bergelar guru, sumbanglah baktimu sebanyak mungkin. Laksanakan amanah dan tanggungjawab tanpa rasa jemu dan mengharapkan balasan semata-mata. Buka mata seluas-luasnya dan lihatlah betapa daifnya insan yang bergelar remaja atau pelajar pada hari ini. Mereka memerlukanmu.....tolonglah mereka.

0 comments:

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.