Wednesday, February 03, 2010

Program Dadah (Pusat Serenti Tampin, 2009)

Program dadah la plak. Ni program sem lepas (Sem 5) yang aku buat kat pusat serenti bersama pelatih disana. Pertama kali buat program untuk pelatih serenti. Gabra la jugak wee....... Tambah plak Pusat Serenti Tampin salah satu pusat serenti kategori "Hardcore" kat Malaysia ni. Sebelum hari kejadian, tak lena tidur dibuatnya. Asyik memikirkan persekitaran disana, penerimaan pelatih disana terhadap program kami, macam mana dan bagaimana nak laksanakan aktiviti dan banyak lagi la yang berlegar dilubuk hatiku yang gundah gulana ni. Aku kuatkan semangat untuk berhadapan dengan pelatih disana. Sampai hari kejadian, kami membuat persiapan terakhir sebelum bertolak supaya program yang akan kami buat berjalan dengan lancar. Dipendekkan cerita, kami pun sampai la kat Pusat Serenti Tampin jam 0800pagi. Setelah mendengar taklimat selama 1jam daripada penolong pentadbiran, maka bermula la program kami. Kami hanya diberikan 2 jam sahaja kerana program ini dibuat pada hari jumaat (bulan Ramadhan). Kami juga diberikan peserta seramai 18 orang. Ada juga dikalangan mereka yang mempunyai ijazah. Tapi sayang la.... dah nasib mereka terjerumus dalam najis dadah. Aktiviti pertama "Ice Breaking" la (macam tak tahu la plak...). Selepas buat "Ice Breaking" kami terus ke aktiviti seterusnya iaitu mencari satu perkataan yang melambangkan makna kepada dadah dan menerangkan maksud disebalik perkataan yang dipilih. Macam-macam perkataan yang disebut. Ada yang sebut "pehr...syok, benci, geram dll". Berdasarkan penerangan mereka, kedengaran ada yang ingin berubah, tak nak berubah dan neutral. Selepas tu aktiviti "Graf Kehidupan" adalah slot aku yang ditunggu-tunggu oleh aku. Tapi slot aku paling tidak disukai oleh pelatih kerana mereka tidak suka mengungkit cerita lama. Pendek kata mereka benci perkataan "DADAH". Habis setakat ini cerita ni. Panjang sangat kalau nak cerita. Moral of the story, jangan sebut perkataan dadah atau jadikan pelatih bahan kajian kerana mereka tidak suka diperlakukan begitu. Pengalaman ini aku jadikan penyuntik semangat untuk berhadapan dengan klien yang banyak kerenah.

Sedikit buah tangan sebagai tanda penghargaan
kepada wakil Pusat Serenti Tampin

Bergambar kenang-kenangan bersama Penolong Pentadbir
dan juga Kaunselor Pusat Serenti Tampin

Note: Kami tidak dibenarkan mengambil gambar pelatih. Nak siarkan gambar lagi la tak boleh. Kalau nak tengok macam mana rupa pelatih pusat serenti pergi la melawat sendiri.

3 comments:

Kuro Syamito February 16, 2011 at 11:20 PM  

pelatih pusat serenti tak la sejahat yang orang selalu katakan. ayah saya kerja sana dulu. dulu sy pernah duduk quarters sana dari kecik sampai umur 12. diorang baik sangat.

betul. diorang tak la sejahat yang orang sangka. diorang manusia. ada perasaan.

Unknown May 1, 2018 at 2:29 PM  

Boleh saya tau details pusat serenti dn bagaimana nk dptkan maklumat dn dgn siapa harus saya hubungi dri pihak tempat tersebut

Unknown May 1, 2018 at 2:29 PM  

Boleh saya tau details pusat serenti dn bagaimana nk dptkan maklumat dn dgn siapa harus saya hubungi dri pihak tempat tersebut

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.