Monday, February 15, 2010

Satu lagi perbuatan kejam (Buang Bayi)

14 Februari 2010

Anggota polis memeriksa tong sampah di mana mayat seorang bayi (dalam bulatan) dibuang dan dibakar di Jalan Tengku Zainal Abidin, Kuala Krai, Kelantan semalam.

KUALA KRAI - Mayat seorang bayi yang masih terlekat dengan uri dan bertali pusat ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dibuang sebelum dibakar di dalam sebuah tong sampah di Jalan Tengku Zainal Abidin di sini semalam.
Akibat dibakar, bayi lelaki cukup sifat yang dipercayai baru dilahirkan kurang 48 jam itu, rentung separuh badan sehingga menyebabkan kakinya terputus.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu sudah mati atau dibakar hidup-hidup sebelum dibuang.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/
Ulasan:
Kejam sungguh makhluk yang bernama manusia zaman sekarang. Alangkah sedihnya bayi yang tidak berdosa dibuang seperti sampah. Dibunuh dengan kejam tanpa rasa simpati. Dimana letaknya belas kasihan? dimana letaknya naluri keibuan? dimana letaknya iman? siapa yang bersalah dalam hal ini?
Kenapa dibuang anak itu sedangkan pusat-pusat kebajikan bersepah di Malaysia yang sanggup menjaga bayi tersebut. Bayi itu juga ada hak untuk hidup. Walaupun telah melakukan maksiat, tetapi kenapa tidak gugurkan sahaja kandungan. Kenapa sanggup kandungkan bayi tersebut sehingga 9 bulan tetapi tidak sanggup menghantar bayi tersebut ke pusat kebajikan. Paling tidak pun letak sahaja bayi itu di atas masjid. Mungkin ada orang yang akan ambil.
Mungkin tidak dinafikan mangsa telah dirogol atau terlibat dalam kes sumbang mahram. Tetapi kenapa tidak laporkan sahaja kepada pihak-pihak tertentu. Kenapa takut untuk menyatakan kebenaran dan mengambil keputusan bodoh. Berani kerana benar, takut kerana salah. Allah sentiasa melindungi orang-orang yang dizalimi. Jangan takut untuk menegakkan kebenaran. Tetapi takutlah untuk mengerjakan kejahatan.

0 comments:

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.