Thursday, February 25, 2010
Wednesday, February 24, 2010
Dialog antara Lembu dan Ayam
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!(dengan nada marah)
Lembu: Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu: Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang nak juga dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku. Macamana aku nak dapat anak!
Lembu: Alah! Kau punya masalah kecik aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu: Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ??? Tak boleh pakai punya lembu!(dalam hati)
Moral of the story:
Ramai anak-anak zaman sekarang membesar dengan susu lembu. Sepatutnya mereka mendapat hak penyusuan selama 2 tahun. Allah jadikan setiap sesuatu mempunyai fungsi yang tertentu. Cuma manusia sahaja suka berdolak-dalih dalam melaksanakan tanggungjawab. Sebenarnya banyak kelebihan ketika menyusukan bayi. Kedua-dua iaitu bayi dan si ibu mendapat faedah tanpa perlu menyusahkan diri sendiri. Allah permudahkan setiap urusan yang susah. Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."
Susu ibu menguntungkan wanita
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.
Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.
Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi
Wednesday, February 17, 2010
Nilai kasih Ibu..
Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai RM4.00
Tolong jaga adik RM4.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM3.00
Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
Monday, February 15, 2010
Satu lagi perbuatan kejam (Buang Bayi)
Akibat dibakar, bayi lelaki cukup sifat yang dipercayai baru dilahirkan kurang 48 jam itu, rentung separuh badan sehingga menyebabkan kakinya terputus.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu sudah mati atau dibakar hidup-hidup sebelum dibuang.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/
Guru baru wajib mengajar di pedalaman
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.
“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.
“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/
Saturday, February 06, 2010
Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)
17 Mei-27 Mei 2009
SMK Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan dimana zaman bergelar student dibawah kategori nakal masih terpahat dalam memori hidupku. Dulu aku adalah pelajar disekolah berkenaan. Tetapi sekarang aku adalah guru pelatih dibawah Program Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) yang mana merupakan syarat wajib universiti kepada pelajar yang telah berada disemester 4 dan ke atas merasai pengalaman menjadi guru pelatih selama dua minggu dan membuat tinjauan tentang peranan dan tugas sebagai guru disekolah. Semua pelajar upsi diwajibkan mengikuti Program ROS sekali seorang di sekolah menengah dan merupakan syarat yang mesti dipatuhi sebagai asas sebelum melaksanakan praktikum pada akhir pengajian. Namun program ini turut dibuka kepada pelajar semester 3. Sebelum ini Rancangan Orientasi Sekolah perlu dibuat sebanyak dua kali iaitu satu disekolah rendah dan satu disekolah menengah. Tetapi bermula pada tahun 2009, universiti hanya mewajibkan ROS hanya dibuat sekali seorang disekolah menengah. Berbalik kepada cerita aku ketika pertama kali melangkah ke sekolah dengan tittle sebagai guru pelatih, hatiku diselubungi pelbagai tanda tanya. Layakkah aku bergelar sebagai seorang guru? Bagaimanakah persepsi guru lama terhadap guru pelatih?Macam mana reaksi pelajar terhadap guru pelatih? Mampukah aku berhadapan dengan pelajar? persoalan ini mesti dihadapi oleh semua guru pelatih seperti aku ketika pertama kali melangkah ke sekolah. Dipendekkan cerita..... sepanjang dua minggu bergelar sebagai guru pelatih, aku ditugaskan menjadi pengawas peperiksaan. Pada masa yang sama aku harus melengkapkan tugasan mencari maklumat sekolah untuk dijadikan bahan laporan yang mesti dihantar kepada penasihat akademik di Universiti. Namun, pengalaman sebagai guru pelatih sangat menyeronokkan dan memberikan semangat kepadaku untuk terus berbakti agar generasi pelapis negara berkembang dengan sihat terutamanya dari segi psikologi. Hakikat sebenar remaja sekolah pada hari ini sangat menyedihkan kerana dunia mereka sangat terdedah kepada gejala sosial yang sangat teruk. Siapakah yang bersalah dalam hal ini?? Berdasarkan pengalamanku, kebanyakkan pelajar sekolah masih keliru dan buta dengan halatuju hidup mereka. Mereka memerlukan semangat dan dorongan daripada orang dewasa untuk memandu hidup mereka.
p/s: Wahai insan yang bergelar guru, sumbanglah baktimu sebanyak mungkin. Laksanakan amanah dan tanggungjawab tanpa rasa jemu dan mengharapkan balasan semata-mata. Buka mata seluas-luasnya dan lihatlah betapa daifnya insan yang bergelar remaja atau pelajar pada hari ini. Mereka memerlukanmu.....tolonglah mereka. Read more...
Hukum Meninggalkan Solat Fardu (Wajib Qadha)
Menurut hukum syarak, setiap solat fardhu yang ditinggalkan wajib diqadha' sama ada disebabkan lupa, tidur atau orang murtad yang kembali semula kepada Islam setelah murtad. Dari segi istilah fuqaha, qadha' ialah sesuatu (ibadah) yang dilakukan selepas berlalu waktu tunainya untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya dengan melakukannya secara qadha' atau mengerjakan semula ibadat-ibadat yang tidak sah, atau yang tertinggal atau senghaja ditinggalkan pada waktu-waktu yang lain.
Dalil Hadis
Dari Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu , Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya : Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solatnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solat yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:"Dirikanlah solat untuk mengingati Aku". (Hadits riwayat Muslim)
Hukum harus mengqadha' solat itu bukanlah sebagai satu kelonggaran yang membolehkan seseorang itu meninggalkannya dengan senghaja sehingga luput waktunya walaupun berhasrat untuk mengqadha'nya pada waktu yang lain. Adapun anggapan bahawa meninggalkan solat dengan senghaja dan boleh menggantinya pada waktu yang lain asal saja kewajipan itu tidak terus ditinggalkan atau dilupakan adalah satu anggapan yang salah.
Meninggalkan solat Fardhu
Orang yang meninggalkan solat tetapi tidak ingkar akan kewajipannya kadang-kadang disebabkan keuzuran yang diiktiraf oleh syara'. Kadang-kadang pula disebabkan oleh alasan yang bukan syari'e dan inilah yang sering berlaku. Sebab-sebab meninggalkan solat itu boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang masing-masing ada kaitan dengan hukum, iaitu:
• Pertama : Meninggalkan solat kerana keuzuran. Orang seperti ini tidaklah berdosa kerana terluput waktu solat bukan dengan kehendak atau kelalaiannya, akan tetapi wajib ke atasnya qadha' solat yang luput itu dan sunat disegerakan qadha'nya.
• Kedua : Meninggalkan solat tanpa ada keuzuran seperti malas atau melalai-lalaikan sehingga luput waktunya. Maka orang seperti ini berdosa tanpa diragukan lagi.
Contoh meninggalkan solat kerana keuzuran atau tanpa disenghajakan itu seperti tertidur, terlupa dan seumpamanya sehingga luput waktu. Namun apabila terbangun daripada tidur atau teringat daripada lupa, maka dia wajib melakukan solat tersebut kerana kewajiban solat masih lagi ditanggungnya.
Dalam sebuah hadits shahih , Abu Qatadah Radhiallahu 'anhu menceritakan mengenai dengan perjalanan mereka bersama Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam . Dalam perjalanan itu mereka keletihan lantas tertidur. Apabila mereka terbangun daripada tidur waktu solat sudah pun berlalu. Mereka bertanya sesama sendiri, apakah kaffarah yang mesti dibayar atas kelengahan mereka melakukan solat. Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam mendengar bisikan mereka lantas bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya di dalam tidur tidak ada kelalaian. Sesungguhnya kelalaian itu ke atas seseorang yang tidak melakukan solat sampai habis waktunya. Maka sesiapa yang melakukan demikian, segeralah dia solat ketika dia ingat akannya. Maka pada hari esoknya hendaklah ia menunaikan solat ketika waktunya. (Hadits riwayat Muslim)
Walaupun terdapat pengecualian dalam melaksanakan tanggungjawab solat bagi orang yang sedang tidur, ini bukanlah bermakna senghaja tidur atau ditidur-tidurkan untuk mengelak atau mencari helah daripada melakukan solat pada waktunya.
As-Sayyid Muhammad Abdullah al-Jurdani Rahimahullah dalam kitabnya Fath al-'Allam ketika bercakap mengenai tidur dan hubungannya dengan solat, beliau menyatakan adalah harus tetapi tidak digalakkan tidur selepas masuk waktu solat dan sebelum menunaikan solat, jika mengikut sangkaannya bahawa dia akan bangun dari tidurnya, sama ada bangun dengan sendirinya atau dikejutkan oleh orang lain, dan masih ada waktu untuk dia menunaikan solat. Jika tidak, maka hukumnya adalah haram. Bahkan baginya dua dosa; dosa kerana meninggalkan solat dan dosa kerana tidur. Maka jika dia bangun dari tidur (sebelum tidur dia menyangka bahawa jika bangun dari tidur tidak ada waktu baginya untuk menunaikan solat) tetapi dia sempat mengerjakan solat, maka terangkat dosa meninggalkan solat. Manakala dosa yang wujud disebabkan dia tidur tidak akan terangkat kecuali dengan beristighfar.
Adapun meninggalkan solat tanpa uzur syari'e atau meninggalkannya dengan senghaja seperti melalaikannya sehingga masuk waktu yang lain adalah berdosa dan wajib baginya mengqadha' dengan segera solat yang luput itu.
Sibuk dengan apa urusan sekalipun bukanlah alasan untuk meninggalkan solat sehingga luput waktu, begitu juga dengan alasan tidak dapat melakukan solat kerana tidak mampu untuk berdiri atau rukuk atau lain-lain alasan kerana sakit.
Sakit tidaklah termasuk antara sebab-sebab yang membolehkan seseorang itu tidak menunaikan solat sebagaimana yang diriwayatkan daripada Imran bin Hushain Radhiallahu 'anhu , beliau berkata:
Maksudnya: Aku menghidap buasir, maka aku bertanya kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam tentang solat. Maka Baginda bersabda: "solatlah berdiri, dan jika engkau tidak mampu, maka duduklah, dan jika engkau tidak mampu, maka solatlah dengan mengiring". (Hadits riwayat al-Bukhari)
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_qada
Pegang Isteri: Batal atau Tidak Wudhuk??
Waktu Solat & Spektrum Warna
Wednesday, February 03, 2010
Program Dadah (Pusat Serenti Tampin, 2009)
Program dadah la plak. Ni program sem lepas (Sem 5) yang aku buat kat pusat serenti bersama pelatih disana. Pertama kali buat program untuk pelatih serenti. Gabra la jugak wee....... Tambah plak Pusat Serenti Tampin salah satu pusat serenti kategori "Hardcore" kat Malaysia ni. Sebelum hari kejadian, tak lena tidur dibuatnya. Asyik memikirkan persekitaran disana, penerimaan pelatih disana terhadap program kami, macam mana dan bagaimana nak laksanakan aktiviti dan banyak lagi la yang berlegar dilubuk hatiku yang gundah gulana ni. Aku kuatkan semangat untuk berhadapan dengan pelatih disana. Sampai hari kejadian, kami membuat persiapan terakhir sebelum bertolak supaya program yang akan kami buat berjalan dengan lancar. Dipendekkan cerita, kami pun sampai la kat Pusat Serenti Tampin jam 0800pagi. Setelah mendengar taklimat selama 1jam daripada penolong pentadbiran, maka bermula la program kami. Kami hanya diberikan 2 jam sahaja kerana program ini dibuat pada hari jumaat (bulan Ramadhan). Kami juga diberikan peserta seramai 18 orang. Ada juga dikalangan mereka yang mempunyai ijazah. Tapi sayang la.... dah nasib mereka terjerumus dalam najis dadah. Aktiviti pertama "Ice Breaking" la (macam tak tahu la plak...). Selepas buat "Ice Breaking" kami terus ke aktiviti seterusnya iaitu mencari satu perkataan yang melambangkan makna kepada dadah dan menerangkan maksud disebalik perkataan yang dipilih. Macam-macam perkataan yang disebut. Ada yang sebut "pehr...syok, benci, geram dll". Berdasarkan penerangan mereka, kedengaran ada yang ingin berubah, tak nak berubah dan neutral. Selepas tu aktiviti "Graf Kehidupan" adalah slot aku yang ditunggu-tunggu oleh aku. Tapi slot aku paling tidak disukai oleh pelatih kerana mereka tidak suka mengungkit cerita lama. Pendek kata mereka benci perkataan "DADAH". Habis setakat ini cerita ni. Panjang sangat kalau nak cerita. Moral of the story, jangan sebut perkataan dadah atau jadikan pelatih bahan kajian kerana mereka tidak suka diperlakukan begitu. Pengalaman ini aku jadikan penyuntik semangat untuk berhadapan dengan klien yang banyak kerenah.
Note: Kami tidak dibenarkan mengambil gambar pelatih. Nak siarkan gambar lagi la tak boleh. Kalau nak tengok macam mana rupa pelatih pusat serenti pergi la melawat sendiri. Read more...
Program Keluarga, Johor (2009)
senaman pagi bersama kami
Program kepimpinan SMK Air Tawar, Johor (2008)
Program Hubungan Etnik pd sem 2 yang diadakan di SMK Air Tawar, Johor sgt bermakna bagiku. Pertama kali aku menjadi fesilitator dlm hidupku. Sebelum ni aku hanya mengikuti program. Tapi kali ini aku melaksanakan program. Bukan senang untuk melaksanakan program kerana memerlukan kemahiran yang tinggi, komunikasi yang berkesan, kesabaran dan ketabahan yang kuat. Paling penting pengetahuan dan pengalaman yang banyak.
Sebelum program dilaksanakan, banyak rintangan dan kekangan yang terpaksa dilalui kerana masalah dalaman dan luaran yang tidak dpt dielakkan. Namun program ini berjaya diteruskan. Tahniah kawan2ku yang lain kerana anda mampu melaksanakan program ini bersama-sama. Program ini sungguh menyeronokkan kerana aktiviti2 yang dirancang sgt menarik dan berjaya mencapai objektif yang dirancang. Program kepimpinan ini hanya dihadiri oleh pengawas sekolah berkenaan sbg persiapan kepada mereka untuk melengkapkan diri bagi menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai pemimpin atau pengawas yang diberikan kepercayaan oleh pihak sekolah. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Albar. Yang Berhormat juga turut memberikan sumbangan dalam menjayakan program ini.
Tuesday, February 02, 2010
Program Kaunseling Hay Resort, Sabak Bernam (2008)
Salam utk semua. Ingat lg tak program kat Hay Resort?? Semua skali budak B&K intake Julai 2007 dpt berkumpul beramai2 dlm 1program. Byk kenangan kat sana dan sgt berguna utk kita semua sbg bakal kaunselor kelak. Pendedahan ttg perlaksanaan modul drp En. Aziz, En. Taqi, dan byk lg la y turun membantu.
Sedar tak sedar kita dpt mengenali antara satu sama lain. Walaupun 1bidang, tapi xsemua kenal member2 seangkatan. Rupanya ramai jgk bdk2 B&K y aku xkenal. Maklum la kita bukan 1klas. Kalo kenal pun ms perjumpaan KASIH je.2pon sekejap je. Sekadar perjumpaan majlis. Proses kenal mengenal kne ambil masa jgk sb masing2 xde masa nk jumpe. Myb kne buat "Ice Breaking" kot masa mula2 daftar dulu. Byk orang byk ragam. Masa ni la kita nk kenal kerenah dan telatah member2 kita.
Tgk picture kt bawah. Imbas kembali kenangan kat sana. Jom layan............